Monday, June 1, 2009

Tanda tanda Sebelum Mati

Saya tidak pasti sumber saya memperolehi bahan ini kerana menjumpainya sewaktu menyusun fail-fail di pejabat. Saya ingin berkongsi bersama semoga kita mengingati Allah dan menyedari bahawa mati itu adalah benar.

Tanda 100 hari sebelum mati

Iini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .
Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You

Thursday, May 28, 2009

Kasih Seorang Ibu


Betapa sayangnya mama pada semua, dikuatkan langkah mengutip baju-baju kotor yang bersepah, dibasuhkan pinggan yang menggunung di sinki dapur, disapukan lantai yang berhabuk, dilapkan air yang tertumpah dan diangkat baju yang sudah kering berjemur. MasyaAllah, kuatnya mama tetapi hatinya lembut.

Tatkala ana sedar dari kealpaan diri, terkejut diri ini melihat semua kerja yang telah mama lakukan. Apa yang telah ku buat? Sibuk dengan kerja dan projek sehingga lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan. Ana pandang wajah mama, ana senyum lalu bertanya:

“Mama nak air? Kita buatkan air teh… “

Dan selepas air dihulur, pertanyaan yang sentiasa ingin ana tahu jawapannya akhirnya ana ajukan.. Kalau seorang ibu marah dekat anak dia, mesti dia sabar sebab setiap kata-katanya menjadi satu doa, betul tak? Dan jawapan yang kuperolehi: Senyuman yang panjang dan perkataan ‘Ya’. Dan dari mata dan suaranya ana tahu kasih mama sangat indah dan tak ternilai harganya….

Apabila diimbas semula peristiwa lalu.. ketika pulang ke kampung di Johor, perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Tak sabarnya untuk sampai ke rumah nenek. Dalam perjalanan mama mengajar kami bahasa Jawa. Masing-masing dah letih dan kelaparan…

“ Nanti cakap kat nenek nak ‘segoh’ (nasi dalam bahasa jawa).”

Rupanya terlalu banyak perkara yang ana tak tahu tentang mama dan pengetahuan yang mama ada

Teringat ketika kecil dahulu, ana terjatuh tangga dan mendapat demam panas yang agak teruk di kampung nenek. Kasih mama kepada anaknya ini, dipangku ana dalam perjalanan pulang ke Selangor. Diganti tuala basah yang diletakkan di atas dahi ana untuk mengurangkan suhu badan ana yang panas. Sungguh.. kasih mama tak terkira harganya.

Dan tatkala mama terasa hati dengan anaknya, dia berundur diri ke bilik, menyibukkan diri dengan tugasan lain. Adikku yang sorang ni buat hal rupanya. Ana pujuk adik untuk meminta maaf pada mama. Adik pun masuk ke bilik mama dengan matanya yang berair dan ditemani ana disisinya. Lalu ungkapan maaf pun terkeluar dari mulutnya:

“Maaf mama.”

Mama yang pada mulanya tidak mahu bertentang mata, merenung adik bagaikan boleh tembus ke hati. Kata-katanya ketika itu diungkap dengan penuh rasa sayang:

‘Mama bukannya marah. Tapi lain kali ikut cakap mama, ya?’

Adikku menganggukkan kepala dan menangis bagaikan tiada hari esok.

Kenangan yang tidak akan ana lupa, kerana ana bagaikan menyambungkan kembali satu pertalian yang sangat suci. Dan terserlah kini tali persaudaraan akan menguatkan diri dan ahli keluarga yang lain. Juga satu cinta yang berharga nilainya… Kasih seorang ibu.

Ya Allah, bersyukur padaMu ku dikurniakan ibu yang penyayang. Berkatilah dia didunia dan akhirat nanti. Semoga kami berjumpa di syurga nanti bersama-sama dalam naungan kasihMu, Allah.

Pada semua ibu di luar sana.. kasihmu tidak mampu dibalas. Hanya Allah yang mampu memberi balasan selayaknya untuk kasihmu yang tak terhingga..

Dan sekiranya ibu telah tiada.. doakan dia berada di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga berada di taman-taman syurga yang aman damai..

Wednesday, May 13, 2009

Renungan Untuk Kaum HAWA.

a month ago

Untuk Muslimah..Kalau Terkena Janganlah Marah...

Sama-sama Kita Muhasabah..Supaya Hidup Lebih Terarah,

Bukankah Allah Menurunkan Perintah..Supaya Menjaga Aurat Dan Maruah

Tazkirah Dan Nasihat Diberi Sudah..Akhirat Kelak Jangan Kami Dipersalah.Embarassed


Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang


Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang bo
leh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung